12/08/2010

TAMAN REKREASI BUKIT MARKUCING
KAMPONG BELIMBING
MUKIM KOTA BATU
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SEJARAH BUKIT MARKUCING

Mengikut cerita dari orang-orang tua terdahulu bahawa kawasan ini ialah tempat rehat penduduk-penduduk kampong apabila mereka pergi berburu atau kehutan mencari rezeki. Ketika mereka berehat sambil membuka bekalan/bata untuk makan dan minum maka datanglah seekor kucing dengan suara "MENGIAU" untuk minta makanan. Apabila kucing itu diberi makan kucing itu terus menghilangkan diri entah kemana. Mungkin penduduk yang memberi makan itu bernama "UMAR". Setiap kali mereka hendak makan pasti kucing itu akan datang untuk minta makanan dan UMAR ini sering kali memberi makan kucing tersebut dan setiap kali itu lah sahabat UMAR ini mengatakan " mar kucing" apabila kucing tu datang. Mungkin sebab itu lah tempat ini dinamakan "BUKIT MARKUCING".




Kawasan ini mula dibuka / dirantis oleh beberapa orang Penduduk Kampong Belimbing dan seterusnya diusahakan membuat trek/laluan dan mula dibuka pada 09 Februari 2004 dari sejak tahun tersebut Bukit Markucing mendapat perhatian orang ramai.





Bukit Markucing telah diresmikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Paduka Awg Haji Adanan Bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Awg Mohd Yusof, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 09 April 2006 dan menjadi "TAMAN REKREASI BUKIT MARKUCING"




Taman Rekreasi Bukit Markucing terletak dikawasan simpang 527 Kampong Belimbing

Ketinggiannya 165 meter dari paras laut

Jarak laluan 3.5km

Masa dalam 50 ke 60 minit